Semasa hamil pelbagai penyakit boleh menimpa kita. Jadi masa ini lah kalau kita nak jaga diri kita baik-baik untuk kesihatan bayi yang berada di dalam kandungan kita (^_^)
Su juga tak terkecuali dari mengalami masalah kencing kotor semasa hamilkan aleeya dulu. Hari-hari berdoa agar keputusan urin bagus apabila tibanya pemeriksaan bulanan di klinik. Minum air masak pun kadang-kadang cukup dan kadang-kadang terskip jugak..hihihi. Sebab masa hamil kali ni memang kerap sangat ke tandas..mungkin juga disebabkan kencing tak lawas.
Baiklah..terus ke tajuk kita hari ni (^_^)
Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). “Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas. Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah,” demikian terang Dr.Khairiah.
Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini.
Langkah pencegahan kencing kotor ni yang biasa doktor sarankan adalah dengan memastikan tubuh kita mendapat air yang secukupnya. Pastikan air masak yang kita minum adalah dalam 3 liter sehari ataupun bersamaan 1 liter bagi 25 kg berat badan kita. Terdapat juga ubat bagi melawaskan urin dan juga antibiotic yang diberikan tapi berdasarkan rakan-rakan yang minum..rasanya sangat tidak sedap. Namun ianya sangat berkesan bagi menghalang infeksi kepada organ tubuh kita yang lain khususnya buah pinggang kita. Alhamdulillah masa dimasukkan ke wad kerana masalah UTI ini ada jururawat yang berkongsi petua dengan mengamalkan minum air barli rebus dan cara ini juga turut berhasil.
Bagi yang mengalami masalah UTI atau kencing kotor ini..pastikan penjagaan kebersihan diri sentiasa diambilberat. Jangan sesekali menahan kencing dan terus ke tandas sekiranya terasa ingin membuang air kencing. Bersihkan alat sulit dari depan ke belakang bagi mengelakkan jangkitan. Elakkan penggunaan cucian alat sulit jenis semburan dan mandi dengan pancuran berbanding berendam. Jumpa doktor sekiranya mempunyai tanda-tanda awal bagi mencegah ia dari berlarutan dan merebak.
Kehamilan adalah sangat mencabar..Semoga ia dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran demi melahirkan anak yang sihat. Semoga semua ibu yang hamil di luar sana dapat menjaga diri dan kesihatan dengan baik.
Membantu untuk kesejahteraan bersama...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan