Hari ini su nak berkongsi tentang risiko penyakit yang perlu diawasi ketika hamil iaitu PRE-EKLAMPSIA. Bagi yang pernah mengalaminya sama seperti su, ia merupakan mimpi ngeri yang perlu dijauhi lebih-lebih lagi untuk kehamilan seterusnya.
Jom kita selami apa itu pre-eklampsia..
Pre-eklampsia atau dalam istilah lain iaitu toksimia @ keracunan kehamilan adalah satu keadaan yang dialami oleh wanita hamil dimana penyakit ini biasanya ditandai dengan meningkatnya tekanan darah yang diikuti oleh peningkatan kadar protein di dalam urine. Wanita hamil dengan pre-eklampsia juga akan mengalami pembengkakan pada kaki dan tangan @ edema serta kerap mengalami kekejangan pada anggota tangan dan kaki mereka. Pre-eklampsia biasanya muncul pada pertengahan umur kehamilan iaitu pada trimester kedua.
Selain bengkak pada kaki dan tangan, protein pada urine dan tekanan darah tinggi, gejala pre-eklampsia yang patut diambilberat adalah :
☑Berat badan yang meningkat secara drastik akibat dari penimbunan cairan dalam tubuh.
☑Nyeri perut.
☑Sakit kepala yang berat.
☑Perubahan pada refleks.
☑Penurunan produksi kencing atau bahkan tidak kencing sama sekali.
☑Terdapatnya kandungan darah pada air kencing.
☑Pening kepala.
☑Mual dan muntah yang berlebihan

☑Mata berpinar atau silau
☑Denyutan jantung yang pantas serta rasa berdebar yang kuat
Wanita yang berisiko mendapat pre-eklampsia
Walaupun punca-punca pre-eklampsia sehingga kini masih belum diketahui secara sahih, namun terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kita terdedah kepada risikonya. Antara faktornya ialah seperti berikut:

☑Pernah menghidapinya pada kehamilan yang lalu
☑Kehamilan kembar dua atau lebih
☑Kehamilan kali pertama
☑Mempunyai masalah tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit buah pinggang, atau pembedahan organ yang kronik
☑Ibu atau saudara perempuan pernah menghidapi Pre-Eklampsia
☑Obesiti
☑Berumur kurang daripada 18 tahun atau melebihi 40 tahun sewaktu hamil
☑Mengalami Policystic Ovarian Syndrome Lupus atau sistem pertahanan yang tidak normal seperti rheumatoid arthritis, sarcoidosis, dan multiple sclerosis
☑Kehamilan melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF) yang juga digelar sebagai ‘bayi tabung uji
Bahaya dan risiko pre-eklampsia pada ibu dan bayi di dalam kandungan?

Biasanya ibu yang didianogsis pre-eklampsia akan mendapat pemerhatian rapi daripada pakar perubatan dimana urin dan tekanan darah sentiasa diberi perhatian khusus. Ibu hamil biasanya dinasihatkan agar sentiasa berada di dalam keadaan tenang untuk menstabilkan emosi dan peredaran darah mereka serta untuk mengelakkan berlakunya sawan atau strok. Pre-eklampsia juga mempengaruhi bayi. Aliran darah yang akan menjadi terhad akan mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi serta nutrisi kepada bayi . Sekiranya tekanan darah meningkat serta kandungan protein di dalam urin tinggi di akhir kehamilan maka kelahiran secara 'induce' akan dilaksanakan bagi menghalang toksin dalam darah atau gangguan peredaran darah kepada bayi yang memungkinkan berlakunya kelahiran pramatang dan komplikasi lanjutan iaitu masalah pembelajaran, epilepsi , cerebral palsy dan masalah pendengaran dan penglihatan. Setelah bayi lahir, biasanya tekanan darah ibu dan urin akan kembali normal, dan pembengkakan menghilang. Dan rawatan yang biasanya dilakukan selepas kelahiran adalah memantau tekanan darah ibu dan urin untuk sementara waktu bagi memastikan ia tetap stabil.
ok..rasanya cukup dulu untuk pengenalan tentang pre-eklampsia..
nanti su sambung bahagian kedua pula yea ?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan