Isnin, 7 Oktober 2013

Nutriferon dan Sistem Imun

Hai..Hari ni Su nak share tentang Nutriferon dari Shaklee..

Bagi Su, Nutriferon ni sangat bagus.Sebab ia banyak membantu dalam memberi perlindungan kesihatan pada anak-anak su yang masih kecil dan aktif ni.

Minggu lepas sahaja si Aleeya my comel selesema. Kesian pulak tengok dia kena bernafas guna mulut akibat hidung tersumbat. Alhamdulillah, memang sentiasa simpan stok Nutriferon di rumah untuk emergency macam ni. Hanya dengan satu bancuhan Nutriferon yang Su ambil dan menyusukan Aleeya, selesema dia cepat sembuh..Ini gambar bancuhan Nutriferon tempohari :) Rasanya seperti teh tanpa gula sahaja..Sangat mudah dibancuh dan diserap oleh tubuh.






Anak-anak lelaki su pula sejak ambil Mealshakes bulan March tempohari memang kesihatan tip-top..Tak pernah demam atau sakit lagi  dan membesar dengan memuaskan. Bertambah-tambah selera makannya dan kekal aktif :)  Kita sebagai ibu pun sangat senang hati melihat perkembangan anak-anak yang semakin baik..
Terima kasih Shaklee kerana merubah kesihatan kami menjadi lebih baik...

Love; Working Mama at Home...
(✿◠‿◠) SID 893617
Be Sihat & Cantik Always..
Fb :Sue Mp
Fanpage: Sihatcantik Vitashop
Blog: Mylittleprecious Vitahouse.blogspot.com
Tel : 017-9656698


oHseM Vitamin untuk Anak~Omegaguard dan Mealshakes




Set Istimewa untuk anak-anak anda yang sedang membesar
Apa yang bestnya dengan set ni???
Jom kita tengok

✿MEALSHAKE (perisa french vanilla)

~‘Easy-On-the-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrien keperluan harian yang diperlukan oleh anak-anak anda. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.

✿ OMEGAGUARD
Merupakan minyak ikan Terbaik Di Dunia!
Ia Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Kandungan Omega-3 nya dapat membantu memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi. Sangat membantu perkembangan anak-anak anda dari segi # Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak # Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma # Memperkuat sistem imunisasi badan.

Satu kombinasi set yang amat berbaloi untuk dijadikan pelaburan bagi kesihatan dan kecerdasan anak-anak anda :)

Inginkan testimoni ..
Jom lihat di sini  :)








Nak cuba??
Memang tak rugi..InsyaAllah set ini tahan sehingga 2-3 bulan penggunaan. Anak-anak sihat dan cerdas, ibu-ibu pun mesti senang hati kan ? :)

(✿◠‿◠) SID 893617
Be Sihat & Cantik Always..
Fb :Sue Mp
Fanpage: Sihatcantik Vitashop
Blog: Mylittleprecious Vitahouse.blogspot.com
Tel : 017-9656698

PROMOSI OKTOBER YANG AWESOME! ~SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Promosi Oktober ~Collagen Powder
BELI 6 KOTAK PERCUMA 1 KOTAK. (Boleh share dengan kawan-kawan atau saudara mara )

Nak dapatkan KEAHLIAN PERCUMA dengan pembelian CP ni pun boleh..
Nak tahu apa yang bestnya dengan Collagen Powder ni? Meh Su kongsikan apa yang 'awesome' sangat dengan CP ni :)



✿✿ Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan✿✿.

✿✿Tujuh bahan utamanya termasuk ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalaman hingga ke luaran✿✿.

✿✿Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman . Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. Juga boleh juga dijadikan masker untuk kulit yang lebih mulus ✿✿

So ape lagi??
Jom dapatkan Collagen Powder ni dengan harga jimat sempena Promosi Oktober ni...
pm untuk info lebih lanjut yea ;)

(✿◠‿◠) SID 893617
Be Sihat & Cantik Always..
Fb :Sue Mp
Fanpage: Sihatcantik Vitashop
Blog: Mylittleprecious Vitahouse.blogspot.com
Tel : 017-9656698

Dehidrasi ~Performance Drinks pilihan Terbaik :)



Info tentang Dehidrasi ..

Hari ini Su nak share tentang Dehidrasi. Kita semua selalu dengar tentang dehidrasi kan?

✿ Dehidrasi berlaku apabila jumlah air yang keluar dari tubuh kita lebih besar jumlahnya daripada jumlah air yang masuk ke dalam badan kita.

Antara punca dehidrasi adalah apabila kita kehilangan terlalu banyak air dalam satu-satu masa yang mana ia berpunca daripada iklim cuaca yang panas, terlalu kerap kencing, mengeluarkan peluh berlebihan hasil daripada aktiviti-aktiviti berat , muntah atau cirit birit.

Antara tanda-tanda dehidrasi ialah :

✿Dahaga
✿Warna urin yang keruh
✿Mulut menjadi kering
✿Otot menjadi lemah
✿Sakit kepala

Bagi individu yang aktif, anda bolehlah mengatasi dehidrasi ini melalui Performance Drinks Shaklee. Ia terbukti secara klinikal mampu :

✿Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
✿Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium.
✿Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Oleh itu, jom kekal aktif, sihat dan bertenaga dengan Performance Drinks Shaklee..

(✿◠‿◠) SID 893617
Be Sihat & Cantik Always..
Fb :Sue Mp
Fanpage: Sihatcantik Vitashop
Blog: Mylittleprecious Vitahouse.blogspot.com
Tel : 017-9656698

Jumaat, 4 Oktober 2013

Tips Nyahkan Jerawat di belakang badan

Berikut adalah beberapa tips bagaimana untuk menghilangkan jerawat di belakang anda untuk mencapai kulit yang indah, sihat dan menarik. 






Basuhan kerap
Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, basuh belakang anda dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam dan menggunakan asid salisilik berasaskan pembersih antibakteria yang dirumus khas untuk merawat masalah jerawat. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat lagi.


Pengelupasan
Pengelupasan adalah satu lagi langkah penting ke arah mempunyai yang hebat dan licin. Ia membuang sel-sel kulit mati dan kekotoran dari permukaan kulit anda yang disebabkan jerawat belakang badan anda. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan.


Rawatan menggunakan ubat
Anda boleh membeli krim jerawat topikal atau gel yang mengandungi benzoil peroksida di mana-mana kedai ubat. Gunakan ia di belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ianya kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan pakaian anda kotor.


Utamakan pakaian anda
Berbanding kain sintetik, pilihlah untuk memakai pakaian kapas untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.

(✿◠‿◠) SID 893617
Be Sihat & Cantik always..
Fb : Sue Mp
Fanpage : Sihatcantik Vitashop
Blog : MylittlepreciousVitahouse.blogspot.com
Tel : 017-9656698

kredit tu yahoo ~Izzati Husna  for this meaningful info..  :)

Masker rambut semulajadi

Hallu semua..lama dah rasanya su tak update blog nih..dah bersawang rasanya..hehehe..
Kali ni su nak share satu info yang su dapat masa surfing kat yahoo tadi..Macam bermanfaat jadi boleh cuba buat sendiri yea untuk rambut yang cantik menawan secara semulajadi :)





Berikut adalah tiga cara paling senang untuk merawat dan mengembalikan kecantikan mahkota anda agar tampak lebih berkilau, sihat dan anda lebih yakin!





Masker rambut minyak kelapa
Bukan hanya aromanya yang eksotik dan lazat, minyak kelapa juga sangat sesuai dijadikan pelembab ringan buat rambut anda yang 'kehausan' dan kusam!

Ramuannya:
• Satu mangkuk kecil mintak zaitun
• Satu mangkuk kecil minyak kelapa

Cara-caranya:

1. Campurkan kedua-dua ramuan tadi dan kacau hingga sebati.
2. Sapukan campuran minyak tadi ke seluruh bahagian rambut anda dan fokus pada bahagian hujung rambut.
3. Selesai melumurkan minyak ke rambut, sanggul rambut anda (jangan ikat / sanggul dengan ketat), kemudian pakai topi mandi (shower cap) dan biarkan selama 15 – 30 minit (bergantung kepada seteruk mana kerosakan rambut anda)
4. Bilas hingga bersih
5. Kemudian syampu dan guna pelembab rambut seperti biasa.
Masker pisang




Masker rambut daripada buah ini sangat sesuai bagi mereka yang memiliki rambut nipis kerana pisang mengandungi potasium yang mana dapat menguatkan rambut dan membaiki rambut rosak tanpa memberi kesan berat pada rambut anda.

Ramuannya:
• satu – dua ulas pisang (lagi masak, lagi bagus).
• satu sudu madu.

Cara-caranya:

1. Kisar pisang, pastikan setiap ketulan pisang itu dikisar lembut (ini SANGAT PENTING!). Jika tidak, bersiap sedialah melaram dengan aksesori tambahan yang terlekat di rambut anda sepanjang hari!
2. Masukkan madu ke dalam campuran pisang yang telah dikisar halus tadi.
3. Sapukan campuran tadi ke seluruh rambut, fokus pada bahagian kulit kepala dan hujung rambut. Sanggul rambut, pastikan tidak diikat ketak dan bungkus dengan topi mandi selama 15 – 20 minit.
4. Bilas hingga bersih.
5. Syampu dan guna pelembab seperti biasa, perlu diingat sekiranya anda memiliki rambut nipis dan kulit kepala berminyak, memadai dengan hanya menyapu pelembap rambut pada bahagian hujung rambut sahaja.


Masker rambut avocado





Anda pastinya sudah sedia maklum dengan nutrisi dan segala kebaikan yang terdapat pada buah avokado yang merupakan antara buah terbaik dan mujarab dijadikan sebagai masker / topeng wajah. Tetapi tahukah anda, anda juga boleh memanfaatkan buah tersebut sebagai alternatif untuk menyuburkan rambut anda? Kuning telur pula kaya dengan lemak dan protein menyegarkan rambut anda.

Ramuannya:

• Setengah biji buah avokado
• Satu biji kuning telur (Simpan putih telur untuk petua ekstra, sila baca hingga habis ya)

Cara-caranya:

1. Kisar buah avokado dan telur ke dalam pengisar sehingga benar-benar halus.
2. Sapukan ke seluruh bahagian rambut, mula dari bahagian kulit kepala sehingga ke hujung rambut, urut perlahan-lahan kulit kepala agar campuran tadi benar-benar meresap ke kulit kepala sekaligus membantu melancarkan peredaran darah.
3. Selesai proses kedua, sanggul rambut anda kemudian bungkus dengan tuala atau topi mandi dan biarkan selama 15 – 20 minit. Hah! Sementara menantikan rambut anda siap dirawat, anda bolehlah mengoleskan putih telur tadi ke wajah anda, untuk agar kulit anda lebih berseri-seri, bolehlah campurkan sedikit madu.
4. Bilas bersih rambut anda, guna syampu dan pelembap rambut seperti biasa dan bergayalah dengan apa jua dandanan rambut pilihan anda.
5. Jangan lupa, sedikit 'keyakinan' agar tampak lebih anggun. Selamat mencuba!

(✿◠‿◠) SID 893617
Be Sihat & Cantik always..
Fb : Sue Mp
Fanpage : Sihatcantik Vitashop
Blog : MylittlepreciousVitahouse.blogspot.com
Tel : 017-9656698


kredit tu yahoo for this meaningful sources.. :)

Ahad, 25 Ogos 2013

Kepentingan Mikronutrisi dalam Diet

Pertama sekali kita mesti ingin tahu apa sebenarnya Mikronutrisi ni kan? (^_^)

Mikronutrisi ini adalah pelbagai jenis vitamin dan mineral yang terdapat dalam makanan. Kepelbagaian fungsinya menjadikan keperluannya sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

Ini adalah antara vitamin dan mineral yang tergolong di dalam kelompok MIKRONUTRISI..

# KALSIUM
#POTASIUM
#MAGNESIUM
#VITAMIN A, C DAN E

Kalsium
~Tubuh kita memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat dari usia bayi sehinggalah dewasa. Apabila usia melepasi 30-an, jumlah kalsium yang mencukupi sanagt diperlukanuntuk mengekalkan indeks jisim tulang. Golongan dewasa memerlukan kira-kira 1000mg kalsium sehari.



Potasium
~Diet kaya dengan potasium akan membantu tubuh untuk mengekalkan tekanan darah yang sihat.



Magnesium
~Magnesium diperlukan oleh tubuh untuk membantu menghasilkan tenaga di samping membantu otot, arteri , dan jantung untuk bekerja dengan lebih baik.


Vitamin A
~Ia juga dikenali sebagai Retinol yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna, penglihatan yang baik, mencegah dan memulihkan rabun malam dan amat bagus untuk kanak-kanak dan dewasa untuk menjamin kulit tubuh dan wajah yang sihat.


Vitamin C
~Penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen bagi tubuh anda. Kolagen iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan anda.


Vitamin E
~Kaya dengan kandungan antioksidan untuk membantu melindungi sel tubuh dari rosak.



Cubalah dengan sebaiknya untuk mendapatkan keperluan zat ini. Pelbagaikan makanan yang diambil untuk menjamin tubuh dapat menyerap keperluan pelbagai mineral ini dengan lebih sempurna.

Awas! Lutut 'Berbunyi '

Anda pernah mengalami lutut 'berbunyi' ketika sedang melakukan pergerakan tertentu?
Tahukah anda ia sebenarnya merupakan salah satu tanda anda mengalami masalah tulang rawan rosak?






Rawan berfungsi untuk memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit walaupun ketebalannya hanya beberapa milimeter sahaja. Rawan juga berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila anda bergerak dan juga berfungsi untuk menyerap kejutan.





Berikut adalah simptom-simptom kerosakan rawan:

# sakit pada sendi
# sendi bengkak
# lutut terkunci (lock knee) iaitu sendi lutut tidak boleh diluruskan.
# Lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut rosak.






Punca-punca kerosakan rawan boleh terbahagi kepada :
1.Ostearthritis~ selalu menyerang golongan berusia.
2.Kecederaan rawan akibat bersukan mahupun jangkitan kuman.

Harus anda ketahui golongan berikut adalah paling berisiko untuk mengalami kerosakan rawan..

#Individu yang berusia
#Individu yang mempunyai masalah lemah otot paha sejak kecil
#Individu yang kerap mengangkat barang-barang berat
#Individu yang mengalami obesiti
#Atlit sukan yang banyak menggunakan pergerakan sendi.


Bagi mengurangkan risiko ini, anda bolehla mencuba Set Sendi Lengkap dari Shaklee.




Set Kesihatan Sendi Shaklee mengandungi :

1. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
2. OmegaGuard
3. Ostematrix

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT)
~ Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat.

Memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara:
1) Menyokong keselesaan sendi dengan Ekstrak Boswellia
2) Meningkatkna kesan kusyen dengan Ekstrak jagung
3) Memelihara tisu Penyambung yang sihat dengan Vitamin C , Zink, Tembaga dan Mangan

OMEGAGUARD
~ Mengurangkan inflamasi.

Memberikan manfaat kepada sendi dan tulang dalam 3 cara:
1) Melambatkan degradasi tulang rawan
2) Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
3) Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit

OSTEMATRIX @ Kalsium
~ Mengekalkan Sel Tulang yang Sihat.

Memberikan manfaat kepada sendi dan tulang melalui :
1) Menguatkan tulang dengan membekalkan kalsium yang secukupnya.
2) Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas.
3) Meringankan stress .

Ostematrix lebih daripada kalsium kerana:
1) Kalsium, 1,000mg - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
2) Magnesium, 400mg - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
3) Vitamin D, 400IU - Merangsangkan penyerapan kalsium
4) Boron - Bantu dalam metabolisma tulang
5) Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan SET KESIHATAN SENDI anda, bolehlah pm atau menghubungi 017-9656698 bagi konsultasi percuma dan juga tawaran harga yang lebih menarik


Disclaimer :Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Rabu, 21 Ogos 2013

Khasiat Minyak Ikan ~OmegaGuard




Manfaat minyak ikan untuk kesihatan


Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh terbahagi kepada dua iaitu Omega -6 dan Omega 3. Omega 6 boleh diperolehi daripada minyak sayuran manakala Omega 3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain. EPA dan DHA juga membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Pemakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.

Kalau nak pilih minyak ikan pilihlah OMEGAGUARD dari Shaklee..terbaik untuk anda sekeluarga (^_^)
Kapsulnya lebih lembut dari kapsul minyak ikan jenama lain, mudah ditelan dan yang penting..banyak sangat khasiat.

# Nak kempiskan perut buncit ~ boleh ambil OmegaGuard (^_^)

# Nak cerdaskan otak dan lebih daya penumpuan ~boleh ambil OmegaGuard (^_^)

# Nak memelihara fungsi-fungsi sendi seperti sengal-sengal, kebas dan sakit lutut atau kakitangan ~boleh ambil OmegaGuard (^_^)

# Nak memelihara tekanan darah dan juga kolestrol ~boleh ambil OmegaGuard (^_^)

# Nak mengurangkan risiko penyakit jantung ~ pun boleh ambil OmegaGuard (^_^)

Pendek kata, memang banyak lagi la khasiat dia..tak rugi membeli..lagipun boleh guna sehingga 3 bulan tau (^_^)




Nak order ?
boleh tinggalkan maklumbalas anda atau call su terus di 017-9656698 untuk respons yang lebih pantas dan harga yang lebih berbaloi (^_^)

Tips Menghadapi Alahan semasa Hamil



Hari ni Su rasa terpanggil untuk post ttg tips menghadapi alahan ketika hamil...semuanya gara2 melihat ramai ibu-ibu yang kelihatan lesu, tidak bermaya dan mengalami masalah turun berat badan yang mendadak akibat alahan semasa hamil semasa monthly check up anak semalam .




Di harap post ini dapat membantu dan memberi manfaat serba sedikit yea..

Untuk mengatasi alahan lebih-lebih lagi semasa hamil di peringkat trimester pertama..

# Jangan terburu-buru bangun dari tidur. Cuba duduk terlebih dahulu dan kemudian baru bangun perlahan-lahan.

#Sediakan kudapan di sisi katil seperti biskut tawar kerana ia dapat mengurangkan rasa loya.

# Makan dalamn kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

#Elakkan makanan yang boleh menyebabkan loya seperti makanan berlemak, berempah, pedas dan berasid tinggi.

#Nikmati makanan atau minuman yang mengandungi peppermint atau halia seperti teh (nak mudah, boleh ambil Vitamin Peppermint Ginger Plus Shaklee )

#Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Disarankan mengambil air kosong ataupun jus buah asli. Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein atau karbonat.

#Makan makanan yang tinggi protein sebelum tidur. Langkah ini dapat meningkatkan paras gula di dalam darah dan seterusnya membantu mengatasi rasa mual..

#Jangan makan atau minum serentak. Apabila makanan dan minuman bercampur di dalam perut, ia akan secara tidak langsung akan meningkatkan rasa loya.

#Dapatkan rehat yang secukupnya dan elakkan rasa stress.

#Vitamin B6 amat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Golongan wanita hamil yang mengambil multivitamin mampu mengurangkan simptom morning sickness daripada menjadi lebih teruk.

#Ketika hamil, ada juga yang rasa loya akibat bau masakan. Jadi semasa memasak, pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik. Buka tingkap seluas-luasnya atau gunakan penyedut udara.

Dengan Shaklee, masalah alahan ini dapat diatasi dengan mengambil Peppermint Ginger Plus, Vitalea dan juga B-Complex..harga pun sangat jimat sebenarnya (^_^)



Nak order ?
boleh tinggalkan komen anda atau call su terus di 017-9656698 untuk respons yang lebih pantas dan harga yang lebih berbaloi (^_^)




Isnin, 22 Julai 2013

Migrain..

Bulan puasa ni baru sahaja diserang migrain setelah beberapa bulan tak menyerang su..Namun su perasan, kali ni rasa sakit tu dah agak berkurangan. Mungkin berkat berpuasa :)

Namun seperti biasa su takkan bimbang lagi sebab su sentiasa ada penawarnya..B-Complex  <3
Tapi kena tunggu berbuka puasa dulu baru boleh consume...apapun masih bertahan sehingga berbuka puasa. Alhamdulillah, selesai berbuka makan B-Complex dan badan terasa segar semula. Rehat sekejap dan pening pun beransur hilang..sejak tu su akan consume B-Complex setiap hari..bimbang migrain menyerang lagi :)




Dan satu lagi yang su nak share hari ni..minuman wajib ada sewaktu sahur dan berbuka puasa ialah Kurma blend campur susu dan selasih..memang sangat yummy. Untuk anak-anak su akan tambahkan sesudu Mealshakes sebagai pembekal nutrisi lengkap mereka..Alhamdulillah, anak2 sangat gemar dan sanggup bangun sahur walau sekadar minum  minuman faveret mereka ni :)


Ahad, 21 Julai 2013

Khasiat Mealshakes untuk Seisi Keluarga





Meal Shakes merupakan hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:
• Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
• Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
• Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
• Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
• Bayi bermula 1 tahun ke atas
• Kanak-kanak
• Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
• Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
• Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
• Warga tua

Kelebihan Meal Shakes Shaklee
• membantu perkembangan minda dan IQ anak
• menambah selera makan anak-anak
• membantu masalah sembelit
• mengatasi masalah selalu selsema dan asma
• menguruskan badan

Jumaat, 19 Julai 2013

The Power of B-Complex

Hari ni su nak sharing tentang "The Power Of Vitamin B ". Seperti yang kita sedia maklum, Vitamin B-Complex memainkan peranan penting untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan kita .





Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum

Manfaatnya :
melancarkan metabolisme
melancarkan peredaran darah
mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
memulihkan gangguan saraf

Vitamin B6

Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk

Manfaatnya :
memlancarkan metabolisme
meningkatkan kekebalan tubuh
menjaga keseimbangan garam-garam mineral
membantu sintetis RNA dan DNA


Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut

Manfaatnya :
mencegah kerosakan urat saraf
membantu pembentukan sel darah merah
melancarkan metabolisme sistem tubuh
mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.


.KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia.



Disclaimer :Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Rabu, 17 Julai 2013

Rawat masalah Cyst dengan GLA



Bila bercerita pasal fibroid dan cyst takut juga kan?
Tgk gambar kat fb dr.hamid arshad dah biasa dah..
dan bukan kes yang jarang2 tapi ia menjadi macam kes hari hari pulak.
Dr. Hamid juga mencadangkan pemgambilan supplement sebagai cara pencegahan.
punca berlakunya pertumbuhan luar biasa pada sel didalam rahim kadang2 di dalam ovari biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam tubuh wanita..
Kerana itulah setiap wanita digalakkan mengamalkan GLA atau lebih glamour dengan name EPO yang kaya dengan GLA atau omega-6 dalam diet bagi menangani problem ini. So ape kelebihnya GLA complex dari shaklee?

GLA shaklee berasal dari borage flower yang kandungan GLA lebih tinggi dari Evening primerose.

Shaklee bukan sahaja menghasilkan GLA semata mata ia juga menghasilkan gabungan demgan vitamin-E kerana antara kepentingan tubuh wanita ialah antioksidan melawan radikal bebas.

Antara fungsi lain GLA seperti :-

✔membantu melicinkan kulit dan mengatasi masalah jerawat.
✔membantu menstabilkan hormon.
✔menambahkan kekuatan pelekatan sel(cellular “glue” ) yang dipanggil E-cadherin (mengelakkan kanser).
✔membantu hubungan suami isteri.
✔mengurangkan kolesterol.
✔Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
✔Meningkatkan kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
✔Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome).
✔Membantu dalam menangani menopause.
✔Menguatkan kuku & rambut.
✔Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
✔Membantu menangani ekzema.
✔Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
✔Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
✔Menguatkan immuniti badan.
✔Memperlahankan process penuaan.
✔Mengurangkan “blood clot” yang boleh menyebabkan serangan jantung.
✔Mengawal kencing manis.
✔Mengawal kolesterol.
✔Bagus untuk saraf.







Jadi lengkapi diet harian anda untuk hormon teratur, kulit yang cantik dan jauhi penyakit ditakuti wanita. i.e cancer , fibroid dan lain2.

Jom dapatkan GLA dengan harga jimat sempena Promosi Julai ni..
jgn segan untuk pm / sms 017-9656698 yea ..

OmegaGuard


Hari ni Su nak share tentang minyak ikan Shaklee ~OmegaGuard.

Sekarang kan musim tak menentu, anak2 batuk-batuk berkahak..jadi OmegaGuard ni dapat membantu meredakan batuk berkahak tu..kesian nanti sakit tekak batuk berpanjangan..

Siapa yang sesuai mengambil Omega Guard?
✔Ibu hamil.
✔Ibu menyusu.
✔Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
✔Lelaki.
✔Warga Emas.
✔Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes.
✔Mereka yang mementingkan kehidupan sihat.

Terdapat pelbagai manfaat OmegaGuard untuk kesihatan sekeluarga :-

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan.
3. Mencegah salur darah dari tersumbat.
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok.
5. Mengekalkan tekanan normal darah.
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher.
7. Mengurangkan sakit kepala.
8. Merendahkan kolestrol.
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan.
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
11. Mengawal masalah obesiti.
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak.
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
16. Membantu menyihatkan paru-paru.
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll.
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus).
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang.
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
24. Mencegah penyakit gout.

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

✔ Mencegah insomnia.
✔ Mengurangkan tekanan emosi.
✔ Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
✔ Membantu memperbaiki masalah autism.
✔ Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive.
✔ Mengurangkan masalah schizophrenia.
✔ Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.

Serba manfaat kan OmegaGuard ni?
Patutlah ia merupakan minyak ikan terbaik di dunia ...

Nak order ?
Jom pm atau menghubungi 017-9656698 bagi konsultasi percuma dan juga tawaran harga yang lebih menarik.

Disclaimer :Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Selasa, 16 Julai 2013

Mealshakes


Ramai di kalangan ibu2 yang mempunyai masalah anak yang kurang selera makan telah mencuba Mealshakes sebagai ikhtiar.

Keistimewaan Mealshakes ni:

~Lengkap dengan protein dan 24 jenis A-Z vitamin penting, mineral dan trace minerals yang diperlukan untuk tumbesaran
~meningkatkan selera makan anak dan berat badan bertambah secara konsisten.
~Meningkatkan dan menguatkan imuniti anak-anak.
~Membantu memperbaiki sistem penghadaman anak-anak.
~Anak lebih cerdas dan cergas .
~yang paling best rasa Vanilla yang sedap..

Tak rugi rasanya menggunakan produk ini, bukan sahaja anak tapi 1 family boleh minum untuk kesihatan keluarga.




Vitamin E

Vitamin E Shaklee merupakan vitamin E yang paling lengkap di pasaran kerana ia dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin e, diekstrak d-aplha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama dan delta).

Vitamin E ini mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.



Satu capsules Vitamin E Shaklee akan membekalkan kita kira-kira 400IU Vitamin E yang diperlukan oleh tubuh. Jom kita tengok apa lagi kebaikan Vitamin E ni (^_^)

Keistimewaan Vitamin E <3 <3

✔ Melindungi Jantung -pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang lebih sihat.

✔Mempertingkatkankemampuan reproduktif - mampu memulihkan kemampuan reproduktif dan meningkatkan bilangan sperma lelaki.

✔Anti penuaan -pengambilan 1 kapsul sehari vitamin E dapat membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus dan pigmentasi. Ia juga mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha.

✔Kelestarian tenaga - meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

✔Anti Oksidan yang kuat- Pengambilan lebih 1200IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

✔Memperbaiki artritis - meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening , buasir urat varikos dan sakit sendi.

✔Menghalang keguguran - merawat sindrom PMS dan juga menopouse. Juga digunakan untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

✔Memperbaiki parut - memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh disapukan terus pada bahagian parut untuk kesan yang lebih baik untuk mengurangkan kesan parut.

✔Vitamin E juga merupakan penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi -katarak dan masalah penglihatan.

Ini adalah testimoni pengguna Vitamin E yang sangat berpuashati dengan kesan Vitamin E pada kulit wajahnya  :)



Jika anda berminat untuk mendapatkan Vitamin E boleh pm Su terus atau call 017-9656698 untuk konsultasi percuma dan tawaran harga yang lebih menarik .

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
























Vitamin Keperluan Tubuh

Tanda-tanda badan kita kekurangan Vitamin .

Hari ni su nak kongsikan tanda-tanda sekiranya tubuh kita kekurangan vitamin. Sebenarnya tubuh kita berkomunikasi dengan kita dalam pelbagai cara..cuma caranya yang berbeza sukar difahami oleh kita .
Jadi sekiranya tanda-tanda ini terdapat pada tubuh kita , cepat-cepat kita dapatkan vitamin yang berkenaan yea :)

1. Kuku mudah patah ~ tandanya kita kekurangan zat besi, zink dan asid lemak.

2. Mata sering kering~ kekurangan vitamin A dan asid lemak.

3.Pecah-pecah di bahagian hujung mulut~ kekurangan zat besi, vitamin B12,B6 dan asid folik.

4.Bibir pecah-pecah~ kekurangan vitamin B2

5.Kulit memerah dan wajah berminyak ~ kekurangan Vitamin B2,B6, Zink atau asid lemak.

6.Jerawat~ kekurangan Vitamin B-Complex, Vitamin E dan asid lemak.

7.Rambut menipis ~kekurangan zat besi atau zink.

8.Kelemumur~kekurangan vitamin C, B6,zink dan asid lemak.

9. Mata merah~ kekurangan Vitamin A dan B2

10. Luka lambat sembuh~ kekurangan zink.

Jadi apabila kita dah tahu kekurangan vitamin apa , senanglah kita nak perbaiki kan?

Di bawah adalah rangkaian vitamin Shaklee yang mempunyai pelbagai khasiat bagi kesihatan kulit dan tubuh badan kita .


Jika berminat jangan malu-malu nak order yea ?
boleh pm dan contact su 017-9656698 (^_^)



Isnin, 15 Julai 2013

Nutrisi Penting untuk Kulit Cantik dan Sihat

Kulit yang sihat tidak hanya memerlukan rawatan dari luar tetapi juga pengambilan nutrisi dari makanan mahupun vitamin tambahan.

Berikut adalah beberapa nutrisi penting yang perlu dititikberatkan bagi memperolehi kulit yang sihat dan cantik.




1. Air ~membantu agar kulit sentiasa lembap, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit, membantu sel untuk menyerap nutrisi dengan lebih baik dan mengeluarkan toksin dari tubuh. Air juga dapat membantu melancarkan aliran darah dan menjaga kulit agar tetap segar dan berseri.





2. Selenium ~ merupakan mineral yang membantu melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas. Ia juga dapat membantu mencegah kanser. Selenium boleh diperolehi dari makanan seperti udang, daging, kacang, ikan kod, tuna , salmon dan juga dari pasta gandum penuh. Oleh sebab itulah, Vitamin E Complex Shaklee yang diperbuat daripada sumber semulajadi diperhebatkan dengan 100mg Selenium bagi mempertahankan sel dan tisu badan kita.


3. Coenzyme Q10 (CoQ10) ~merupakan antioksidan kuat yang dihasilkan di dalam tubuh secara semulajadi. Antioksidan ini melindungi kulit dan sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Selain itu ia juga terlibat dalam penghasilan tenaga dan fungsi sistem kekebalan tubuh. Ia boleh didapati di dalam makanan seperti salmon, tuna , organ dalaman seperti hati serta bijirin penuh. 

Shaklee juga turut memperkenalkan satu produk baru untuk membekalkan Coenzyme Q10 yang mencukupi pada tubuh kita iaitu CoQ Health Plus yang mengandungi Coenzyme Q10, Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau.




4. Antioksidan untuk sel sihat ~ Antioksidan mencegah atau melambatkan kerosakan sel akibat radikal bebas. Antioksidan boleh didapati dari semua jenis buah-buahan dan sayuran berwarna seperti pelbagai jenis beri, labu, bayam, cili dan ubi jalar.




5. Vitamin A~Untuk kulit cerah dan halus hanya tambahkan pengambilan seperti limau atau lobak merah. Buah-buahan atau sayuran yang kaya dengan Vitamin A mampu membantu memelihara kelembapan lapisan kulit bawah. Bekalan Vitamin A boleh juga didapati dari Vitalea dan juga Carotomax  Shaklee .





6. Vitamin C ~membantu melindungi kulit dari cahaya matahari. Selain itu ia juga membantu memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas yang umumnya merosakkan serat kulit seperti kolagen dan elastin. 




7. Vitamin E~merupakan antioksidan yang boleh mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari. Ia jug a berperanan sebagai anti-peradangan dan menguatkan sistem imun tubuh.




8. Asid Lemak Essensial~Asid lemak seperti Omega-3 dan Omega-6 membantu menghasilkan lapisan minyak pelindung semulajadi kulit serta mencegah timbulnya jerawat.



9.Minyak Sihat~Minyak Zaitun kaya dengan asid lemak sihat dapat membantu melembapkan kulit dan menjaga kulit agar kulit kelihatan lebih bersih dan berseri.





Jadi semoga dengan info ini dapat memberi manfaat pada semua yea?
Selamat mencuba dan kekalkan kulit yang sihat dan cantik dengan nutrisi yang diperlukan (^_^)






Ahad, 7 Julai 2013

Berpuasa bersama Set Mighty 3 Gems






SET MIGHTY 3 GEMS ini amat SESUAI UTK SESIAPA SAHAJA yg ingin mengekalkan tahap kecergasan semasa sedang berpuasa

~Mengandungi 3 produk vitamin terbaik iaitu :


1.ENERGIZING SOY PROTEIN /ESP (perisa natural vanilla)

~Membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Menyediakan tenaga yg berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan sumber tenaga yg konsisten.

2.MEALSHAKE (perisa french vanilla)
~‘Easy-On-the-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.

3.PERFORMANCE DRINK (perisa natural orange)
~Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set Mighty 3 Gems anda, bolehlah pm atau menghubungi 017-9656698 bagi konsultasi percuma dan juga tawaran harga yang lebih menarik

Disclaimer :Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Gastrik? Berpuasa Bersama Set Gastrik Shaklee ..




~Bulan puasa akan tiba tidak lama lagi. Tentu anda semua teruja untuk mempersiapkan diri untuk menyambutnya kan ?

Bagi sesiapa yang mengalami sakit gastrik jangan risau..

Shaklee mempunyai rangkaian produk yang sesuai bagi menjadikan puasa anda lebih selesa


Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik :
1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. ESP juga dapat membantu memberikan anda tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun berpuasa .

2) Ostematrix

Ostematrix berfungsi untuk memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik. Pesakit gastrik biasanya disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3)Peppermint Ginger Plus

Mengandungi herba asli pudina, halia, pokok adas dan cekur manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil ini juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk dijadikan minuman teh herba . Sangat membantu untuk merawat atau mencegah rasa loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set gastrik anda, bolehlah pm atau menghubungi 017-9656698 bagi konsultasi percuma dan juga tawaran harga yang lebih menarik


Disclaimer :Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.