Isnin, 15 Julai 2013

Nutrisi Penting untuk Kulit Cantik dan Sihat

Kulit yang sihat tidak hanya memerlukan rawatan dari luar tetapi juga pengambilan nutrisi dari makanan mahupun vitamin tambahan.

Berikut adalah beberapa nutrisi penting yang perlu dititikberatkan bagi memperolehi kulit yang sihat dan cantik.




1. Air ~membantu agar kulit sentiasa lembap, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit, membantu sel untuk menyerap nutrisi dengan lebih baik dan mengeluarkan toksin dari tubuh. Air juga dapat membantu melancarkan aliran darah dan menjaga kulit agar tetap segar dan berseri.





2. Selenium ~ merupakan mineral yang membantu melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas. Ia juga dapat membantu mencegah kanser. Selenium boleh diperolehi dari makanan seperti udang, daging, kacang, ikan kod, tuna , salmon dan juga dari pasta gandum penuh. Oleh sebab itulah, Vitamin E Complex Shaklee yang diperbuat daripada sumber semulajadi diperhebatkan dengan 100mg Selenium bagi mempertahankan sel dan tisu badan kita.


3. Coenzyme Q10 (CoQ10) ~merupakan antioksidan kuat yang dihasilkan di dalam tubuh secara semulajadi. Antioksidan ini melindungi kulit dan sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Selain itu ia juga terlibat dalam penghasilan tenaga dan fungsi sistem kekebalan tubuh. Ia boleh didapati di dalam makanan seperti salmon, tuna , organ dalaman seperti hati serta bijirin penuh. 

Shaklee juga turut memperkenalkan satu produk baru untuk membekalkan Coenzyme Q10 yang mencukupi pada tubuh kita iaitu CoQ Health Plus yang mengandungi Coenzyme Q10, Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau.




4. Antioksidan untuk sel sihat ~ Antioksidan mencegah atau melambatkan kerosakan sel akibat radikal bebas. Antioksidan boleh didapati dari semua jenis buah-buahan dan sayuran berwarna seperti pelbagai jenis beri, labu, bayam, cili dan ubi jalar.




5. Vitamin A~Untuk kulit cerah dan halus hanya tambahkan pengambilan seperti limau atau lobak merah. Buah-buahan atau sayuran yang kaya dengan Vitamin A mampu membantu memelihara kelembapan lapisan kulit bawah. Bekalan Vitamin A boleh juga didapati dari Vitalea dan juga Carotomax  Shaklee .





6. Vitamin C ~membantu melindungi kulit dari cahaya matahari. Selain itu ia juga membantu memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas yang umumnya merosakkan serat kulit seperti kolagen dan elastin. 




7. Vitamin E~merupakan antioksidan yang boleh mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari. Ia jug a berperanan sebagai anti-peradangan dan menguatkan sistem imun tubuh.




8. Asid Lemak Essensial~Asid lemak seperti Omega-3 dan Omega-6 membantu menghasilkan lapisan minyak pelindung semulajadi kulit serta mencegah timbulnya jerawat.



9.Minyak Sihat~Minyak Zaitun kaya dengan asid lemak sihat dapat membantu melembapkan kulit dan menjaga kulit agar kulit kelihatan lebih bersih dan berseri.





Jadi semoga dengan info ini dapat memberi manfaat pada semua yea?
Selamat mencuba dan kekalkan kulit yang sihat dan cantik dengan nutrisi yang diperlukan (^_^)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan