Salam semua..
Hari ini su ingin berkongsi tentang Set Bersalin / Berpantang Shaklee ..
Bagi ibu-ibu yang sedang hamil dan masih belum membuat pilihan untuk memilih set bersalin / berpantang yang ingin digunakan nanti, Sue ingin mengesyorkan Set Berpantang/ Bersalin Shaklee.
Mengapa? Apa kelebihan Set Berpantang/ Bersalin Shaklee ni berbanding produk berpantang yang lain ?
Istimewanya Set Berpantang/ Bersalin Shaklee :
~Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin.
~Ianya tidak bersifat panas seperti jamu.
~Boleh terus diambil walaupun bayi mengalami jaundis (kuning)
~Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan.
~Dapat membantu ibu mengurangkan stress.
~Dapat membantu ibu memberikan tenaga sepanjang tempoh bersalin.
~Penggunaan bukan setakat tempoh berpantang sahaja malah boleh disambung semasa menyusukan bayi. Ianya bertahan hingga 4bulan.
~murah dan berbaloi bagi wang anda.
Set Berpantang/ Bersalin Shaklee mengandungi :-
1) VITALEA / MULTIVITAMIN
Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan, jadi ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi didalam Vitalea dapat membantu dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi secukupnya agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.
2) B- COMPLEX
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping membantu menstabilkan hormon badan ibu-ibu. Kekurangan B-Complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B-complex sangat penting membantu ibu-ibu lebih bertenaga dan stabil dari segi emosi .
3) VITAMIN C
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
4) ZINK
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zink membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zink. Pengambilan zink bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan kepada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.
5)ENERGIZING SOY PROTEIN / ESP
ESP memberi tenaga dan membantu melancarkan penghasilan susu ibu.Ianya sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Ia juga dapat memberikan rasa kenyang kepada ibu , mencantikkan kulit dan mengawal kadar kolestrol.
6) OSTEMATRIX @Kalsium
Kalsium Shaklee adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan Vitamin D bagi memelihara kesihatan yang lebih baik. Kalsium dapat membantu menghasilkan susu ibu, dan sangat sesuai untuk ibu yang mengalami kejang kaki. Kalsium juga membantu mengatasi masalah sembelit bagi ibu berpantang.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan SETBERPANTANG / BERSALIN anda, bolehlah pm atau menghubungi 017-9656698 bagi konsultasi percuma dan juga tawaran harga yang lebih menarik
Disclaimer :Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan