Rabu, 18 Jun 2014

'Cholestrol Blocker' dengan Phytocol-St Shaklee






Kolestrol dan makanan memang tidak dapat dipisahkan.Apabila bercerita tentang kolestrol secara automatik mesti terbayangkan makanan yang enak-enak seperti nasi lemak, roti canai, masakan kari dan berlemak, burger dan sebagainya kan ? Di Malaysia, lebih dari 6 juta penduduk mengalami masalah tinggi kolestrol. Kolestrol yang tinggi boleh mengakibatkan salurdarah tersumbat dan menjadi penyumbang besar kepada terjadinya penyakit jantung, angin ahmar,penyakit hati,tekanan darah tinggi dan juga masalah ketidaksuburan.



Antara faktor penyumbang bagi masalah kolestrol tinggi adalah berpunca dari :

pemakanan
tabiat merokok
mengambil minuman keras
tekanan
hati yang tidak sihat

Institut Kesihatan Kebangsaan menyarankan penambahan 2000mg fitosterol di dalam diet harian untuk merendahkan paras kolestrol secara semulajadi iaitu bersamaan pengambilan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato. Tapi mustahilla kita dapat makan setiap hari sebanyak ini kan? Jangan risau..dengan Shaklee kami mempermudahkan segalanya untuk kesihatan anda..






Tadaaa...

Memperkenalkan satu lagi produk baru keluaran Shaklee yang berfungsi sebagai 'Cholestrol Blocker' iaitu Phytocol-St. Ia membekalkan 2000mg fitosterol sehari seperti yang disarankan dan sesuai untuk golongan dewasa yang suka makan makanan yang sihat. Dengan pengambilan Phytocol-St dan juga mengawal jenis makanan yang diambil mampu mengurangkan paras kolestrol anda.




Phytocol-St Shaklee

Ia diperbuat dari adunan mantap fitosterol yang membantu menghalang kolestrol daripada masuk ke dalam salurdarah dan menghalang penyerapan kolestrol di dalam salurdarah. Ia juga membantu menurunkan paras kolestrol LDL dan dapat membantu mengurangkan kolestrol dengan penggunaan konsisten untuk jangka masa panjang.





Produk yang hebat ini dilancarkan semasa National Conference Shaklee baru-baru ini dan mendapat sambutan hangat bagi mereka yang sememangnya ingin merasai kehebatan produk ini dalam mengawal paras kolestrol di dalam tubuh.

Sekiranya berminat..anda boleh tinggalkan komen untuk tempahan  dan konsultasi produk yang hebat ini. 

Jom sihat bersama Kotak vitamin Ummi (^_^)
Membantu untuk kesejahteraan bersama...

Isnin, 16 Jun 2014

Ruam Panas?? Oh..Tidak!




Panasnya la kan cuaca sekarang ni?
Dalam keadaan cuaca yang panas tidak menentu ni..su nak berkongsi tentang ruam peluh. Tentu ramai yang mengalaminya kan? Su dan anak-anak pun sama.Sangat tak selesa disebabkan kegatalannya dan sangat tak selesa melihat bintik-bintik merah di badan..

Apa itu Ruam Peluh?

Ruam peluh merupakan ruam gatal berbintik kecil berwarna merah yang kebiasaannya naik di bahagian depan dan belakang badan, muka, ketiak, punggung dan leher. Ia berlaku akibat persekitaran yang panas dimana liang roma yang tersumbat menyebabkan munculnya benjolan-benjolan kecil yang mengandungi air pada kulit. Kebiasaannya ruam peluh ini akan sembuh sendiri apabila kulit telah sejuk namun sekiranya tidak dikawal boleh mengakibatkan strok haba berlaku.




Berikut adalah beberapa langkah yang dapat kita lakukan untuk menangani Ruam peluh ni..

1. Elakkan daripada beraktiviti di dalam persekitaran yang panas bagi mengelakkan kehilangan haba atau dehidrasi.

2. Mengenakan pakaian yang longgar bagi merangsang peredaran haba pada tubuh.

3.Mengelakkan dehidrasi dari berlaku dengan mengambil air masak secukupnya serta menggunakan air-conditioning dan kipas dalam aktiviti harian.

4. Meletakkan pack ais pada kawasan ruam peluh juga dapat membantu mengurangkan kesannya.

5. Sapuan aloe vera juga dapat membantu memberi kesan keselesaan dan kesegaran pada kawasan ruam peluh. Terdapat juga yang menggunakan Calamine Lotion untuk melegakan rasa gatal ruam tersebut.

6. Banyakkan mandi bagi mengelakkan dehidrasi dan boleh juga campurkan air mandian suam dengan baking soda untuk menghilangkan rasa kegatalan ruam peluh tersebut.

7. Dan yang paling biasa dilakukan adalah dengan menyapukan bedak talkum 3 sehingga 4 kali sehari pada tubuh untuk memberi kesegaran dan melembapkan kulit.


Shaklee juga mempunyai supplemen yang dapat membantu mengatasi masalah ruam peluh ini..
Ingin tahu?
Nantikan kupasannya dalam Ruam Peluh Part 2 yea ??

Salam sayang dari kotakvitaminummi..
Membantu untuk kesejahteraan bersama (^_^)

Selasa, 10 Jun 2014

Cadangan vitamin bagi merawat masalah kencing kotor


Bagi yang mengalami masalah kencing kotor mesti fahamkan betapa tidak selesanya proses pembuangan air kecil.

Okey..dengan Shaklee ada beberapa cadangan vitamin yang boleh diambil untuk merawat masalah ini. Jangan bimbang okey ..

1. Alfalfa Complex

Merupakan tumbuhan yang kaya dengan nutrisi yang tidak terdapat di dalam buah-buahan ataupun sayuran. 10 biji alfalfa dapat menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu tau (^_^)

Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
Mencuci usus dan membuang toksin dari badan
Meneutralkan asid dari badan
Merawat keputihan.
Membantu memulihkan urat selepas bersalin
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Melegakan sakit sendi dan belakang
Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

#khasiat yang disenaraikan ini khusus bagi merawat masalah kencing kotor..khasiat bonus lain laaaaaagi banyak sebenarnya.

2. Peppermint Ginger Plus


Diadun dengan 4 herba istimewa iaitu Pudina,Halia , Pokok Adas dan Cekur Manis yang setiap satunya berfungsi dengan keistimewaan tersendiri.

Pudina contohnya mampu melegakan perut dan membantu penghadaman dan lebih kepada memberi kesan penenang. Halia pula sinonim dengan membuang angin yang berlebihan di dalam tubuh dan melegakan ketidakselesaan perut dan usus. Pokok Adas pula berfungsi untuk melegakan perut dan membantu melegakan masalah alergi pada saluran usus. Akhir sekali cekur manis yang dapat memberi peredaran tenaga di dalam badan.

Dengan melarutkannya di dalam air panas untuk dijadikan teh herba,ia mampu memberikan rasa nyaman pada perut dan melawaskan pengeluaran air kencing.


3. Garlic


Merupakan antibiotik yang paling selamat dan semulajadi untuk meningkatkan daya ketahanan imun tubuh kita dan kaya dengan Allicin aktif. Ia mampu mempertingkatkan penghadaman, fungsi jantung, menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol serta mengeluarkan toksin dari tubuh dengan pantas .

Pengambilan 2 tablet garlic membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai 2 ulas garlic segar. Jadi sesiapa yang tak suka makan garlic segar tu boleh gantikan dengan Garlic Shaklee ni (^_^) 



Testimoni boleh lihat di bawah yea ...





Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi sesiapa yang menghadapi masalah kencing kotor ..

Jom sihat bersama Kotak vitamin Ummi (^_^)
Membantu untuk kesejahteraan bersama..

Isnin, 9 Jun 2014

U.T.I atau kencing kotor semasa hamil





Semasa hamil pelbagai penyakit boleh menimpa kita. Jadi masa ini lah kalau kita nak jaga diri kita baik-baik untuk kesihatan bayi yang berada di dalam kandungan kita (^_^)


Su juga tak terkecuali dari mengalami masalah kencing kotor semasa hamilkan aleeya dulu. Hari-hari berdoa agar keputusan urin bagus apabila tibanya pemeriksaan bulanan di klinik. Minum air masak pun kadang-kadang cukup dan kadang-kadang terskip jugak..hihihi. Sebab masa hamil kali ni memang kerap sangat ke tandas..mungkin juga disebabkan kencing tak lawas. 

Baiklah..terus ke tajuk kita hari ni (^_^)

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). “Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas. Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah,” demikian terang Dr.Khairiah.







Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini.


Langkah pencegahan kencing kotor ni yang biasa doktor sarankan adalah dengan memastikan tubuh kita mendapat air yang secukupnya. Pastikan air masak yang kita minum adalah dalam 3 liter sehari ataupun bersamaan 1 liter bagi 25 kg berat badan kita. Terdapat juga ubat bagi melawaskan urin dan juga antibiotic yang diberikan tapi berdasarkan rakan-rakan yang minum..rasanya sangat tidak sedap. Namun ianya sangat berkesan bagi menghalang infeksi kepada organ tubuh kita yang lain khususnya buah pinggang kita. Alhamdulillah masa dimasukkan ke wad kerana masalah UTI ini ada jururawat yang berkongsi petua dengan mengamalkan minum air barli rebus dan cara ini juga turut berhasil. 





Bagi yang mengalami masalah UTI atau kencing kotor ini..pastikan penjagaan kebersihan diri sentiasa diambilberat. Jangan sesekali menahan kencing dan terus ke tandas sekiranya terasa ingin membuang air kencing. Bersihkan alat sulit dari depan ke belakang bagi mengelakkan jangkitan. Elakkan penggunaan cucian alat sulit jenis semburan dan mandi dengan pancuran berbanding berendam. Jumpa doktor sekiranya mempunyai tanda-tanda awal bagi mencegah ia dari berlarutan dan merebak. 


Kehamilan adalah sangat mencabar..Semoga ia dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran demi melahirkan anak yang sihat. Semoga semua ibu yang hamil di luar sana dapat menjaga diri dan kesihatan dengan baik.


Jom sihat bersama Kotak vitamin Ummi (^_^)
Membantu untuk kesejahteraan bersama...

Pre-Eklampsia semasa hamil ~Part 1

Salam Isnin yang indah.

Hari ini su nak berkongsi tentang risiko penyakit yang perlu diawasi ketika hamil iaitu PRE-EKLAMPSIA.  Bagi yang pernah mengalaminya sama seperti su, ia merupakan mimpi ngeri yang perlu dijauhi lebih-lebih lagi untuk kehamilan seterusnya.

Jom kita selami apa itu pre-eklampsia..





Pre-eklampsia atau dalam istilah lain iaitu toksimia @ keracunan kehamilan adalah satu keadaan yang dialami oleh wanita hamil dimana penyakit ini biasanya ditandai dengan meningkatnya tekanan darah yang diikuti oleh peningkatan kadar protein di dalam urine. Wanita hamil dengan pre-eklampsia juga akan mengalami pembengkakan pada kaki dan tangan @ edema serta kerap mengalami kekejangan pada anggota tangan dan kaki mereka. Pre-eklampsia biasanya muncul pada pertengahan umur kehamilan iaitu pada trimester kedua.





Selain bengkak pada kaki dan tangan, protein pada urine dan tekanan darah tinggi, gejala pre-eklampsia yang patut diambilberat adalah :

☑Berat badan yang meningkat secara drastik akibat dari penimbunan cairan dalam tubuh.
☑Nyeri perut.
☑Sakit kepala yang berat.
☑Perubahan pada refleks.
☑Penurunan produksi kencing atau bahkan tidak kencing sama sekali.
☑Terdapatnya kandungan darah pada air kencing.
☑Pening kepala.
☑Mual dan muntah yang berlebihan
☑Mata berpinar atau silau
☑Denyutan jantung yang pantas serta rasa berdebar yang kuat


Wanita yang berisiko mendapat pre-eklampsia

Walaupun punca-punca pre-eklampsia sehingga kini masih belum diketahui secara sahih, namun terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kita terdedah kepada risikonya. Antara faktornya ialah seperti berikut:

☑Pernah menghidapinya pada kehamilan yang lalu
☑Kehamilan kembar dua atau lebih
☑Kehamilan kali pertama
☑Mempunyai masalah tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit buah pinggang, atau pembedahan organ yang kronik
☑Ibu atau saudara perempuan pernah menghidapi Pre-Eklampsia
☑Obesiti
☑Berumur kurang daripada 18 tahun atau melebihi 40 tahun sewaktu hamil
☑Mengalami Policystic Ovarian Syndrome Lupus atau sistem pertahanan yang tidak normal seperti rheumatoid arthritis, sarcoidosis, dan multiple sclerosis
☑Kehamilan melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF) yang juga digelar sebagai ‘bayi tabung uji



Bahaya dan risiko pre-eklampsia pada ibu dan bayi di dalam kandungan?

Biasanya ibu yang didianogsis pre-eklampsia akan mendapat pemerhatian rapi daripada pakar perubatan dimana urin dan tekanan darah sentiasa diberi perhatian khusus. Ibu hamil biasanya dinasihatkan agar sentiasa berada di dalam keadaan tenang untuk menstabilkan emosi dan peredaran darah mereka serta untuk mengelakkan berlakunya sawan atau strok.  Pre-eklampsia juga mempengaruhi bayi. Aliran darah yang akan menjadi terhad akan mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi serta nutrisi kepada bayi . Sekiranya tekanan darah meningkat serta kandungan protein di dalam urin tinggi di akhir kehamilan maka kelahiran secara 'induce' akan dilaksanakan bagi menghalang toksin dalam darah atau gangguan peredaran darah kepada bayi yang memungkinkan berlakunya kelahiran pramatang dan komplikasi lanjutan iaitu masalah pembelajaran, epilepsi , cerebral palsy dan masalah pendengaran dan penglihatan. Setelah bayi lahir, biasanya tekanan darah ibu dan urin akan kembali normal, dan pembengkakan menghilang. Dan rawatan yang biasanya dilakukan selepas kelahiran adalah memantau tekanan darah ibu dan urin untuk sementara waktu bagi memastikan ia tetap stabil.

ok..rasanya cukup dulu untuk pengenalan tentang pre-eklampsia..
nanti su sambung bahagian kedua pula yea ?

Sabtu, 7 Jun 2014

Anak kekurangan zat??

Jom.. hari ni Sue nak berkongsi tentang kepentingan khasiat yang mencukupi bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Seawal umur 6 bulan setelah bayi merasai makanan lain selain dari susu ibu, perkembangan tumbesaran mereka memang perlu diperhati dan dititikberatkan. Ada yang mampu membesar dengan baik dan ada juga yang mengalami penurunan berat badan .

Ramai ibu-ibu yang berada di luar sana mengalami kebimbangan melihat carta tumbesaran anak-anak yang semakin menurun. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk mempastikan anak-anak dapat membesar dengan baik dan memperolehi khasiat yang lengkap untuk pertumbuhan mereka.

Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi akan menganggu perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak. Ini seterusnya akan menghalang kanak-kanak daripada melalui pertumbuhan fizikal yang sempurna.

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa boleh membuat pilihan bijak dengan memperbanyakkan pengambilan Kalsium dan vitamin D untuk anak-anak kerana ia adalah perlu untuk perkembangan fizikal mereka dan juga penting untuk tulang yang sihat. Kanak-kanak juga memerlukan vitamin D, zat besi dan mineral yang lain untuk menjadikan mereka lebih kuat dan tidak mudah terkena penyakit seperti demam biasa.

Bersama Shaklee..kami mempunyai vitamin istimewa bagi kanak-kanak yang sedang membesar.




Istimewanya Mealshakes kerana:

★Ianya memenuhi keperluan nutrisi dan khasiat yg diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar.
★Ia kaya dengan enzim yang dapat merangsang selera makan anak-anak khususnya anak-anak yang mengalami mslh kekurangan berat badan dan memilih makanan.
★Ia membantu melindungi sistem imun anak-anak dari jangkitan influenza,demam atau selesema.
★Ia digemari oleh anak-anak kerana rasa vanillanya yang sedap bila dicampurkan dengan minuman kegemaran mereka.
★Ianya kaya dengan serat yang membantu sistem penghadaman dan mengatasi masalah sembelit yang sering dialami oleh anak-anak.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah anak yang kekurangan zat bolehla mencuba Mealshakes ini kerana telah terbukti ia mampu membantu ibu-ibu mengatasi masalah ini dan mampu tersenyum lega dengan hasilnya.

Jom sihat bersama Kotak vitamin Ummi (^_^)
Membantu untuk kesejahteraan bersama...

Rabu, 4 Jun 2014

Salam 2014



Salam 2014 semua..

Sedar tak sedar dah lama Sue tak update di dalam blog ini. Bukan bererti telah melupakan namun kesibukan dan keterbatasan internet membuatkan sue banyak update di FB dan juga di Fanpage.

Permulaan June ini dihangatkan dengan promosi vitamin E yang HANGAT !!
Selain dari dikenali sebagai vitamin CINTA..ia memang sangat sinonim dengan kecantikan (^_^)

Jom kita explore supplemen Shaklee yang HEBAT ni..

#Mengecilkan pori-pori wajah
#Memperlahankan proses penuaan kulit
#Mengawal kolestrol
#Mengawal minyak
#Menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.
#Meningkatkan kelembapan kulit
#Sangat bagus untuk memudarkan parut.


Istimewanya vitamin E Shaklee sebab ia disertakan dengan Selenium dan Ekstrak biji Anggur yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan seperti protein, lipid, karbohidrat dan polifenol. Kuasa antioksidan polifenol adalah 20x lebih baik daripada vitamin E sendiri dan 50x lebih baik daripada vitamin C. Dalam erti kata yang lain minyak biji anggur ni amat berkesan untuk awet muda dan memelihara kecantikan.

Sebab itu ia sentiasa menjadi pilihan ramai berbanding vitamin E yang lain.

Selamat memilih bersama SHAKLEE ...

Love; Working Mama at Home...

(✿◠‿◠) SID 893617
Be Sihat & Cantik Always..
Fb :Sue Mp
Fanpage: Sihatcantik Vitashop
Blog: Mylittleprecious Vitahouse.blogspot.com
Tel : 011-12970354