Sabtu, 7 Jun 2014

Anak kekurangan zat??

Jom.. hari ni Sue nak berkongsi tentang kepentingan khasiat yang mencukupi bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Seawal umur 6 bulan setelah bayi merasai makanan lain selain dari susu ibu, perkembangan tumbesaran mereka memang perlu diperhati dan dititikberatkan. Ada yang mampu membesar dengan baik dan ada juga yang mengalami penurunan berat badan .

Ramai ibu-ibu yang berada di luar sana mengalami kebimbangan melihat carta tumbesaran anak-anak yang semakin menurun. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk mempastikan anak-anak dapat membesar dengan baik dan memperolehi khasiat yang lengkap untuk pertumbuhan mereka.

Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi akan menganggu perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak. Ini seterusnya akan menghalang kanak-kanak daripada melalui pertumbuhan fizikal yang sempurna.

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa boleh membuat pilihan bijak dengan memperbanyakkan pengambilan Kalsium dan vitamin D untuk anak-anak kerana ia adalah perlu untuk perkembangan fizikal mereka dan juga penting untuk tulang yang sihat. Kanak-kanak juga memerlukan vitamin D, zat besi dan mineral yang lain untuk menjadikan mereka lebih kuat dan tidak mudah terkena penyakit seperti demam biasa.

Bersama Shaklee..kami mempunyai vitamin istimewa bagi kanak-kanak yang sedang membesar.




Istimewanya Mealshakes kerana:

★Ianya memenuhi keperluan nutrisi dan khasiat yg diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar.
★Ia kaya dengan enzim yang dapat merangsang selera makan anak-anak khususnya anak-anak yang mengalami mslh kekurangan berat badan dan memilih makanan.
★Ia membantu melindungi sistem imun anak-anak dari jangkitan influenza,demam atau selesema.
★Ia digemari oleh anak-anak kerana rasa vanillanya yang sedap bila dicampurkan dengan minuman kegemaran mereka.
★Ianya kaya dengan serat yang membantu sistem penghadaman dan mengatasi masalah sembelit yang sering dialami oleh anak-anak.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah anak yang kekurangan zat bolehla mencuba Mealshakes ini kerana telah terbukti ia mampu membantu ibu-ibu mengatasi masalah ini dan mampu tersenyum lega dengan hasilnya.

Jom sihat bersama Kotak vitamin Ummi (^_^)
Membantu untuk kesejahteraan bersama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan