Ahad, 25 Ogos 2013

Kepentingan Mikronutrisi dalam Diet

Pertama sekali kita mesti ingin tahu apa sebenarnya Mikronutrisi ni kan? (^_^)

Mikronutrisi ini adalah pelbagai jenis vitamin dan mineral yang terdapat dalam makanan. Kepelbagaian fungsinya menjadikan keperluannya sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

Ini adalah antara vitamin dan mineral yang tergolong di dalam kelompok MIKRONUTRISI..

# KALSIUM
#POTASIUM
#MAGNESIUM
#VITAMIN A, C DAN E

Kalsium
~Tubuh kita memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat dari usia bayi sehinggalah dewasa. Apabila usia melepasi 30-an, jumlah kalsium yang mencukupi sanagt diperlukanuntuk mengekalkan indeks jisim tulang. Golongan dewasa memerlukan kira-kira 1000mg kalsium sehari.



Potasium
~Diet kaya dengan potasium akan membantu tubuh untuk mengekalkan tekanan darah yang sihat.



Magnesium
~Magnesium diperlukan oleh tubuh untuk membantu menghasilkan tenaga di samping membantu otot, arteri , dan jantung untuk bekerja dengan lebih baik.


Vitamin A
~Ia juga dikenali sebagai Retinol yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna, penglihatan yang baik, mencegah dan memulihkan rabun malam dan amat bagus untuk kanak-kanak dan dewasa untuk menjamin kulit tubuh dan wajah yang sihat.


Vitamin C
~Penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen bagi tubuh anda. Kolagen iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan anda.


Vitamin E
~Kaya dengan kandungan antioksidan untuk membantu melindungi sel tubuh dari rosak.



Cubalah dengan sebaiknya untuk mendapatkan keperluan zat ini. Pelbagaikan makanan yang diambil untuk menjamin tubuh dapat menyerap keperluan pelbagai mineral ini dengan lebih sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan